Saturday, March 21, 2009

Senam Robik & Walkaton

Khamis, 19hb Mac semua warga Sekolah Rendah Penanjong telah berkesempatan mengikuti aktiviti senam robik yang diketuai oleh cikgu Rahimah bte Bintang bersama cikgu Hj. Aibe Rozaiman bin Zainul Ariffin. Aktiviti ini adalah salah satu aktiviti yang lazimnya dilakukan sebelum cuti penggal persekolahan dan antara lain bertujuan untuk memberikan warga sekolah kesedaran akan kepentingan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cergas. Setelah selesai melakukan aktiviti senam robik, semua warga sekolah meneruskan lagi dengan aktiviti walkaton. Selesai walkaton, aktiviti diteruskan dengan membersihkan kawasan sekolah dan juga bilik-bilik darjah masing-masing. Klik di sini untuk gambar sepenuhnya.

Thursday, March 5, 2009

Taklimat dari unit penghapusan & kira-kira, Kementerian Pendidikan

5hb March, seramai enam orang pegawai dari unit penghapusan kira-kira Kementerian Pendidikan telah membuat taklimat yang bertempat di bilik perpustakaan Sekolah Rendah Penanjong. Taklimat ini menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan penyemakan semula buku-buku simpanan (stock book), tatacara memohon penghapusan harta benda dan banyak lagi. Taklimat yang mengambil masa lebih kurang dua jam setengah ini sekurang-kurangnya membantu pihak sekolah untuk mengambil kira perkara-perkara yang berkaitan dalam perlaksanaan tugasan dari segi pemantauan harta benda yang dibekalkan ke sekolah. Mewakili pihak sekolah sekali lagi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam memberikan taklimat yang membantu ini. Sila layari ke laman web Unit Penghapusan dari kira-kira Tutong bagi informasi terkini.
 

blogger templates | Make Money Online