Sunday, May 24, 2009

Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Tutong I

Tahun ini, sekali lagi Sekolah Rendah Penanjong telah terpilih menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Tutong I yang bertempat di Komplek Sukan Daerah Tutong. Kejohanan ini diadakan selama dua hari iaitu pada hari Rabu 20hb Mei (saringan) dan Sabtu 23hb Mei (kejohanan akhir) yang lepas. Seramai lebih seratus orang peserta dari 19 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam acara-acara olahraga seperti larian, lontaran, rejam lembing, lompat jauh, lompat kijang dan sebagainya.

Pada tahun ini beberapa buah sekolah swasta daerah Tutong seperti Sekolah Chung Hwa Tutong, Chung Hwa Kiudang, Nusa Jaya Jaya Penanjong juga telah turut serta dan ini memeriahkan lagi Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah khususnya bagi Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I. Secara tidak langsung ini juga telah memberikan saingan yang positif kepada murid-murid dari sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta dalam acara sukan dan olahraga ini.

Pada tahun ini Sekolah Rendah Binturan telah menjadi juara keseluruhan kerana telah berjaya mengutip 5 emas, 4 perak dan 3 gangsa. Shaybas kepada Sekolah Rendah Binturan. Manakala juara kumpulan bagi lelaki dari Sekolah Rendah Muda Hashim dan juara kumpulan perempuan dari Sekolah Rendah Penanjong. Pada tahun ini Khairul Amirul Adnani dari Sekolah Rendah Binturan memegang gelaran olahragawan dan Syazwani Suni dari Sekolah Rendah Penanjong sebagai olahragawati. Tahniah kepada yang berjaya dan Shyabas kepada semua perserta.

Tetamu kerhormat pada hari kejohanan tersebuat ialah Ckg Hjh. Rosni Tunggal, Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Tutong I dan telah berkesudian untuk menyamapaikan pingat-pingat serta piala kepada murid-murid. Kejohanan ini berakhir dengan jamuan pada pukul 11:30 pagi.

Klik di sini bagai gambar-gambar pada hari pertama (20hb Mei, Rabu) dan di sini di sini bagi hari kejohanan (23hb Mei, Sabtu).

 

blogger templates | Make Money Online