Sunday, June 14, 2009
Sukan Ria dan Jamuaan Perpisahan
13hb Jun, warga sekolah telah mengadakan aktibiti Sukan Ria yang dimulakan dengan senam robik beramai-ramai dan seterusnya aktibiti-atibiti yang dikelolakan oleh guru-guru sekolah untuk murid-murid. Semua muria dari pra hingga tahun 6 mengambil bahagian dalam sukan ria ini seperti 'bealang belatuk', Chinese whisper', Lari dalam guni', 'Meniup Belon hingga pecah', 'Menutip gula-gula terbanyak' dan sebagainya. Guru-guru dan kaki tangan juga tidak
ketinggalan dalam memeriahakan lagi sukan ria ini seperti bermain futsal 5 orang sepasukan, bola jaring, mengolek kelapa tua, memakan buah oren dan sebagainya.
Sukan ria diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid dan seterusnya jamuan perpisahan bagi guru-guru dari Universiti Brunei Darussalam yang telah memberikan khidmat mereka dan memberi sokongan dalam menjayakan apa jua aktibiti sekolah ini. Ckg Azura Abdullah yang telah sama-sama berusaha mengajar murid-murid sekolah ini selama lebih kurang 4 bulan dan juga 2 orang guru 'teaching' iaitu Ckg Khairul Anwar dan Ckg Hj. Musa yang datang untuk menimba pengalaman selama sebulan di sekolah ini. Pihak sekolah ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas usaha dan sokongan yang telah diberikan kepada sekolah. Pihak sekolah mendoakan semoga terus berjaya dan sentiasa di dalam lindungan Allah S.W.T jua. Amin klik, di sini untuk gambar sepenuhnya.
Monday, June 1, 2009
Lawatan Dari Bahagian Kesihatan Daerah Tutong
Pemeriksaan yang dilakukan adalah seperti berikut:
- 'Health screening' bagi murid-murid tahun 1, 4 & 6
- 'Medical screening' bagi murid-murid tahun 1 & 4
- 'Audiometry screening' bagi murid-murid tahun 3
- 'MMR immunization' bagi semua murid-murid sekolah ini, tahun 1-6.
Labels:
kesihatan
Sunday, May 24, 2009
Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Tutong I
Pada tahun ini beberapa buah sekolah swasta daerah Tutong seperti Sekolah Chung Hwa Tutong, Chung Hwa Kiudang, Nusa Jaya Jaya Penanjong juga telah turut serta dan ini memeriahkan lagi Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah khususnya bagi Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I. Secara tidak langsung ini juga telah memberikan saingan yang positif kepada murid-murid dari sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta dalam acara sukan dan olahraga ini.
Tetamu kerhormat pada hari kejohanan tersebuat ialah Ckg Hjh. Rosni Tunggal, Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Tutong I dan telah berkesudian untuk menyamapaikan pingat-pingat serta piala kepada murid-murid. Kejohanan ini berakhir dengan jamuan pada pukul 11:30 pagi.
Sunday, April 26, 2009
Lawatan Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan
Dalam lawatan singkat ini Yang Berhormat Pehin juga sempat meninjau perkembangan padang sekolah yang masih dalam proses pembinaan, seterusnya rombongan Pehin Menteri juga telah membuat tinjauan ke kantin sekolah. Yang berhormat Pehin serta rombongan telah dijamu dengan sajian minuman di dewan sekolah sambil melihat pertunjukkan slides aktiviti-aktiviti sekolah. Sebelum Yang Berhormat Pehin serta rombongan meninggalkan sekolah, warga sekolah sempat bergambar ramai bersama Yang Berhormat Pehin, timbalan Menteri Pendidikan, Setia Usaha Tetap serta beberapa orang pegawai-pegawai kanan di Kementerian Pendidikan.
Pihak sekolah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas lawatan ini. Lawatan rombongan Pehin ini menggambarkan keprihatinan pihak kementerian dalam pemedulian hal ehwal sekolah ini. Ia juga sebagai pendorong kepada warga sekolah bersama murid-murid dalam sama-sama berusaha untuk mencapai kecemerlangan demi kemajuan sekolah. Klik di sini untuk melihat gambar-gambar sepenuhnya.
Saturday, April 25, 2009
Tahniah
Tahniah kepada Irsalina Syakirah bte Muhd. Ikbal kerana telah berjaya mendapat tempat yang pertama dalam penyertaan beliau menghafaz ayat-ayat lazim peringkat Daerah dengan mendapat merkah 84%.
Friday, April 24, 2009
Kursus Penerapan Dan Peningkatan Akhlak Pelajar
Thursday, April 9, 2009
Taklimat Biro Kawalan Narkotik
Hari ini, Khamis 9hb April, Sekolah Rendah Penanjong bersama Sekolah Rendah Pengiran Muda Mahkota Tutong telah sepakat untuk menjemput penceramah dari unit Biro Kawalan Narkotik untuk membuat taklimat bagi murid-murid tahun 6. Aktiviti ini diungkayahkan bertujuan memberi kesadaran dan pengetahuan kepada murid-murid dan sebagai peringatan dalam mereka melangkah ke alam remaja yang penuh dengan dugaan ini.
Dua orang pegawai dari unit Biro Kawalan Narkotik telah berkesudian untuk melaksanakan taklimat ini. Taklimat yang mengambil masa hampir 2 jam ini banyak memberikan pengetahuan dan kesedaran akan penyalahgunaan dadah. Selain daripada taklimat, sesi 'pop-kuiz' untuk murid-murid dan peraduan mencipta slogan yang berkaitan dengan bahaya dadah juga telah menambahkan lagi keceriaan dan penglibatan positif dari murid-murid kedua-dua buah sekolah ini.
Bagi pihak kedua buah sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Biro Kawalan Narkotik kerana telah berkesudian untuk memberikan taklimat yang bermanafaat ini. Bagi gambar-gambar sepenuhnya sila klik di sini
Subscribe to:
Posts (Atom)