Sunday, April 26, 2009

Lawatan Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan

Pada 23hb April yang lepas, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Hj. Abdul Rahman Menteri Pendidikan bersama timbalannya, Setia Usaha Tetap serta rombongan telah membuat lawatan kerja ke Sekolah Rendah Penanjong. Lawatan Yang Berhormat Pehin disambut oleh guru besar, warga sekolah serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan yang awal datang ke sekolah ini. Lawatan bermula dari Pra sekolah seterusnya ke bilik Tahun 1, Tahun 2, Tahun 4A, Tahun 4B, Tahun 5, perpustakaan (Tahun 3) dan makmal komputer (pembelajaran Tahun 6). Yang Berhormat Pehin melihat sendiri sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti murid serta perlaksanaan SPN21 di sekolah ini. Lawatan ini telah memberi kesempatan kepada warga sekolah untuk berinteraksi dengan Yang Berhormat Pehin.

Dalam lawatan singkat ini Yang Berhormat Pehin juga sempat meninjau perkembangan padang sekolah yang masih dalam proses pembinaan, seterusnya rombongan Pehin Menteri juga telah membuat tinjauan ke kantin sekolah. Yang berhormat Pehin serta rombongan telah dijamu dengan sajian minuman di dewan sekolah sambil melihat pertunjukkan slides aktiviti-aktiviti sekolah. Sebelum Yang Berhormat Pehin serta rombongan meninggalkan sekolah, warga sekolah sempat bergambar ramai bersama Yang Berhormat Pehin, timbalan Menteri Pendidikan, Setia Usaha Tetap serta beberapa orang pegawai-pegawai kanan di Kementerian Pendidikan.

Pihak sekolah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas lawatan ini. Lawatan rombongan Pehin ini menggambarkan keprihatinan pihak kementerian dalam pemedulian hal ehwal sekolah ini. Ia juga sebagai pendorong kepada warga sekolah bersama murid-murid dalam sama-sama berusaha untuk mencapai kecemerlangan demi kemajuan sekolah. Klik di sini untuk melihat gambar-gambar sepenuhnya.

1 comment:

GB SR Penanjong said...

Terima kasih Yang Berhormat Pehin, dari koala dan semua warga SR Penanjong. Abiskoala semua merasa amat gembira di atas kesudian YB Pehin mengadakan lawatan kerja ke sekolah ini. Lawatan tersebut menjadi satu perangsang kepada semua warga sekolah untuk berusaha dengan lebih gigih dalam memberikan yang terbaik kepada anak didik kami.

 

blogger templates | Make Money Online