Tuesday, January 27, 2009

Epilepsi, sesi kongsi sama.

Hari ini, Selasa 2 petang, semua guru-guru dan kakitangan sekolah menghadiri sesi kongsi sama mengenai 'Epilepsi' dan cara menenganinya. Kongsi sama ini diadakan di bilik Pra sekolah dan telah dibentangkan oleh Ckg. Hj. Imran bin Hj. Ibrahim (guru IEP) dan Ckg Roseimah bte Haris (guru Pra Sekolah). Kongsisama ini bertujun untuk memberikan pengtahuan secara umum kepada guru-guru dan juga kakitangan sekolah mengenai jenis-jenis epilepsi termasukalah simptom-simptom dan cara-cara menenganinya.


Wednesday, January 7, 2009

Taklimat Pra 2009

Taklimat dan kongsi sama pihak sekolah bersama penjaga murid darjah pra telah pun diadakan di dewan Sekolah Rendah Penanjong pada pagi tadi. Taklimat ini bertujuan untuk memberikan panduan dan pengetahuan kepada penjaga akan kaedah-keadah pengajaran, dasar pendidikan prasekolah dan juga objektif pembelajaran bagi anak-anak mereka diperingkat pra sekolah. Taklimat ini telah disampaikan oleh guru-guru yang terlibat mengajar darjah pra iaitu Ckg Hjh. Norhayati bte OKSW Hj. Abdullah, Ckg. Hjh. Rosemah bte Haris dan Ckg. Katherine bte Rimpang. Di dalam taklimat ini antara lain mengharapakan kerjasama dari penjaga murid dalam membimbing anak-anak mereka dari segi pantauan kerja semasa di rumah dan untuk sentiasa memberikan dorongan yang positif kepada anak-anak mereka.
Seramai 21 orang murid darjah pra telah pun menjejakkan kaki mereka ke bilik Pra Sekolah pada hari ini. Alhamdullilah, kesemua murid-murid nampaknya ceria dan dapat menyesuaikan diri pada hari pertama persekolahan mereka. Klick untuk gambar sepenuhnya.
 

blogger templates | Make Money Online