Tuesday, November 8, 2011

Sembayang Hajat dan Membaca Surah Yassin

Pada 6hb Oktober 2011 yang lepas, Sekolah Rendah Penanjong telah mengadakan majlis sembahyang hajat berjemaah dan bacaan surah Yassin. Majlis ini diadakan khusus bagi persediaan murid-murid Tahun 6 yang akan menghadapi PSR 2011.
Imam Hj Kartolo Bin Hj Abang, mengimami sembahyang hajat dan mengetuai bacaan surah yassin di Masjid Kampong Penanjong. Guru Besar, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid Tahun 6 hadir dalam majlis ini.

Setelah majlis selesai, sesi taklimat bersama ibu bapa mengenai persediaan murid-murid Tahun 6 menghadapi PSR telah diadakan bilik perpustakaan SR Penanjong.

Thursday, October 27, 2011

Sambutan Hari Guru SR Penanjong


27 Oktober 2011 - Hari ini Sekolah Rendah Penanjong telah mengadakan Sambutan Hari Guru. Majlis ini dikendalikan sepenuhnya oleh murid-murid Tahun 6.

Acara dimulakan dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Md Ulfi Najiyullah Bin Md Shahrol Redwan. Seterusnya murid-murid Tahun 6 menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu rasmi Sekolah Penanjong.

Persembahan nyanyian, puisi, pantun dan cabutan nombor bertuah bagi guru-guru merupakan antara acara-acara yang dijalankan dalam majlis ini.

Ucapan dari Ketua Prefek Azri Bin Zainal Arfan.


Bacaan pantun dari murid-murid Tahun 6 Smart.


Cikgu Pg Jalainey memenangi peraduan meneka jumlah barang dalam botol. Hadiah disampaikan oleh Awg Hj Amit, AJK PIBG SR Penanjong, Tutong

Di akhir majlis, murid-murid bersalaman dengan guru-guru.

Tuesday, October 25, 2011

Lawatan Sekolah Ke Pusat Ehsan

Pada 24 Oktober 2011, murid-murid Tahun 6 Sekolah Rendah Penanjong bersama-sama Guru Besar, guru-guru pengawas serta ibu bapa telah berkunjung ke Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Bengkurong.

Lawatan ini adalah merupakan salah satu aktiviti rancangan tahunan sekolah ini disamping untuk mengeratkan silaturahim di antara pihak sekolah dengan warga Pusat Ehsan.

Rombongan ini terdiri daripada Cikgu Rasiah Binti Hj Mohd Tuddin (Guru Besar), 4 orang guru pengawas, 4 orang ibu bapa dan seramai 15 orang murid Tahun 6.

Awang Haji Abdul Hamid selaku Ketua Pentadbiran telah menyampaikan taklimat mengenai fungsi dan peranan Pusat Ehsan ini sebagai organisasi bukan kerajaan yang memedulikan hal ehwal insan istimewa di negara ini.

Setelah menyaksikan beberapa persembahan dari insan-insan dari pusat ini, murid-murid Tahun 6 Sekolah Penanjong pula mempersembahkan lagu rasmi sekolah mereka. Seterusnya satu aktiviti permainan dijalankan bersama-sama insan istimewa.

Hasil dari lawatan ini, murid-murid telah diberikan pendedahan mengenai insan istimewa sekaligus berinteraksi dan bergaul bersama mereka.

Diakhir lawatan, Pusat Ehsan telah menerima beberapa sumbangan daripada pihak sekolah.

Wednesday, June 15, 2011

Netball Champion 2011 Tutong I

Congratulations to the Sekolah Rendah Penanjong's netball team for emerging as the champion for the Primary School Netball Tournament for Tutong I this year. The netball championship was held on 2nd June 2011, Thursday at Tutong Sports Complex. It was organised by the Tutong District Co-curricular Education department and hosted by Sekolah Rendah Keriam.

Sekolah Rendah Penanjong made it to the semi-finals with Sekolah Rendah Lamunin as its opponent, scoring 6 to 5. In the finals, Sekolah Rendah Penanjong beat Sekolah Rendah Sinaut marvelously scored 15 to 3.

Moreover, Dayang Siti Nur Syaza Syafiqah binti Sahrin (Year 5A) won the Best Player of the tournament and Dayang Siti Nurhayati binti Mohd. Jefri (Year 6 Star) was announced as the Top Scorer with 24 goals during the tournament. A very special thanks to the coaches, Cikgu Hjh Rosemah binti Haris, Cikgu Katherine Rimpang and Cikgu Adeey Asrahwati binti Hj Abdul Karim. Your hard work and dedication are deeply appreciated in coaching the school's netball team in reaching their dream to be crown Champion for the Primary School Netball Tournament for Tutong I this year. Also not forgetting, big thanks to all of Sekolah Rendah Penanjong's teachers who supported the school's netball team throughout the tournament.

Monday, April 25, 2011

Taklimat Pendidikan Pencegahan Dadah Biro Kawalan Narkotik

Date: April 25th, 2011
Day: Monday
Time: 9.00 a.m - 10.00 a.m
Place: School Hall, SR Penanjong

The drug education briefing was conducted by the Narcotics Control Bureau especially for the Year 6 pupils in this school The representatives for this briefing were Awang Hj Halimee Musdella bin Hj Mustafa and Dayang Hjh Eda Nur Aisyah Hj Osman.

It was a very informative briefing which includes on the different types of drugs, the harmful effects of abusing drugs, the punishment for drug traffickers as well as smugglers. It is hope that this briefing would create awareness to the pupils regarding drug abuse.

Before they end the briefing, a pop quiz was open to the Year 6 pupils. It was clear that the children enjoyed the briefing from their active participation to answer the questions given.
 

blogger templates | Make Money Online