Tuesday, October 25, 2011

Lawatan Sekolah Ke Pusat Ehsan

Pada 24 Oktober 2011, murid-murid Tahun 6 Sekolah Rendah Penanjong bersama-sama Guru Besar, guru-guru pengawas serta ibu bapa telah berkunjung ke Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Bengkurong.

Lawatan ini adalah merupakan salah satu aktiviti rancangan tahunan sekolah ini disamping untuk mengeratkan silaturahim di antara pihak sekolah dengan warga Pusat Ehsan.

Rombongan ini terdiri daripada Cikgu Rasiah Binti Hj Mohd Tuddin (Guru Besar), 4 orang guru pengawas, 4 orang ibu bapa dan seramai 15 orang murid Tahun 6.

Awang Haji Abdul Hamid selaku Ketua Pentadbiran telah menyampaikan taklimat mengenai fungsi dan peranan Pusat Ehsan ini sebagai organisasi bukan kerajaan yang memedulikan hal ehwal insan istimewa di negara ini.

Setelah menyaksikan beberapa persembahan dari insan-insan dari pusat ini, murid-murid Tahun 6 Sekolah Penanjong pula mempersembahkan lagu rasmi sekolah mereka. Seterusnya satu aktiviti permainan dijalankan bersama-sama insan istimewa.

Hasil dari lawatan ini, murid-murid telah diberikan pendedahan mengenai insan istimewa sekaligus berinteraksi dan bergaul bersama mereka.

Diakhir lawatan, Pusat Ehsan telah menerima beberapa sumbangan daripada pihak sekolah.

No comments:

 

blogger templates | Make Money Online