Sunday, June 14, 2009

Sukan Ria dan Jamuaan Perpisahan

13hb Jun, warga sekolah telah mengadakan aktibiti Sukan Ria yang dimulakan dengan senam robik beramai-ramai dan seterusnya aktibiti-atibiti yang dikelolakan oleh guru-guru sekolah untuk murid-murid. Semua muria dari pra hingga tahun 6 mengambil bahagian dalam sukan ria ini seperti 'bealang belatuk', Chinese whisper', Lari dalam guni', 'Meniup Belon hingga pecah', 'Menutip gula-gula terbanyak' dan sebagainya. Guru-guru dan kaki tangan juga tidak ketinggalan dalam memeriahakan lagi sukan ria ini seperti bermain futsal 5 orang sepasukan, bola jaring, mengolek kelapa tua, memakan buah oren dan sebagainya.

Sukan ria diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid dan seterusnya jamuan perpisahan bagi guru-guru dari Universiti Brunei Darussalam yang telah memberikan khidmat mereka dan memberi sokongan dalam menjayakan apa jua aktibiti sekolah ini. Ckg Azura Abdullah yang telah sama-sama berusaha mengajar murid-murid sekolah ini selama lebih kurang 4 bulan dan juga 2 orang guru 'teaching' iaitu Ckg Khairul Anwar dan Ckg Hj. Musa yang datang untuk menimba pengalaman selama sebulan di sekolah ini. Pihak sekolah ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas usaha dan sokongan yang telah diberikan kepada sekolah. Pihak sekolah mendoakan semoga terus berjaya dan sentiasa di dalam lindungan Allah S.W.T jua. Amin klik, di sini untuk gambar sepenuhnya.

Monday, June 1, 2009

Lawatan Dari Bahagian Kesihatan Daerah Tutong

Pada 16, 18, 19 dan 21 hb Mei 2009, pasukan dari Bahagian Kesihatan Sekolah-Sekolah daerah Tutong, Klinik Kesihatan Tutong telah datang untuk melakukan prosedur pemeriksaan ke atas murid-murid sekolah ini. Pasukan ini telah diketuai oleh Dr Wai Wai Hlaing.


Pemeriksaan yang dilakukan adalah seperti berikut:
  • 'Health screening' bagi murid-murid tahun 1, 4 & 6
  • 'Medical screening' bagi murid-murid tahun 1 & 4
  • 'Audiometry screening' bagi murid-murid tahun 3
  • 'MMR immunization' bagi semua murid-murid sekolah ini, tahun 1-6.
Alhamdulillah kesemua peperiksaan berjalan dengan lancar. Segolongan murid yang sakit diberikan rawatan and ada juga yang dirujuk kepada Hospital Pengiran Muda Mahkota Pegiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.
 

blogger templates | Make Money Online