Friday, November 28, 2008

Majlis Doa Kesyukuran PSR

Jumaat, SR Penanjong telah mengadakan majlis Doa Kesyukuran sempena kejayaan murid-murid darjah 6 dalam peperiksaan PSR mereka tahun ini. Majlis ini bermula pada pukul 8:45 pagi yang dihadiri oleh ibu bapa dan penjaga murid serta para jemputan sekolah. Majlis ini dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Ckg. Hj. Imbran bin Hj. Ibrahim. Setelah itu ucapan dari guru besar SR Penanjong, Ckg Rasiah bte Hj. Md. Tudin dan juga ucapan dari PPKD Tutong I, Ckg Juned bin Mohammad.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang mendapat gred A dalam mata pelajaran PSR. Seterusnya penyampaian hadiah sebagai penghargaan kepada guru-guru yang telah terlibat mengajar darjah 6 di atas usaha mereka. Guru-guru darjah 6 juga tidak lupa menyumbangkan hadiah kepada murid-murid mereka.

Setelah itu bacaan doa selamat dan menikmati jamuan sebelum bersurai. Bagi gambar sepenuhnya sila tekan di sini

"Doa itu senjata bagi orang yang beriman, tiang agama serta cahaya langit dan bumi"
(Hadis riwayat Abu Ya'Ia dan Hakim)

No comments:

 

blogger templates | Make Money Online